Polis Serbu Parti D*dah & Pesta G*y Di Hotel Mewah KL, Lepas Seorang Lelaki Meninggal Dunia

14 hours ago 13

Satu aktiviti parti dadah dan pesta gay yang dilakukan di sebuah hotel mewah di ibu kota terbongkar apabila polis telah berjaya menahan 51 lelaki pada Sabtu lalu.

Serbuan tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sekitar jam 2.35 pagi hingga 5 pagi.

Artikel berkaitan: Serbuan Sauna ‘Songsang’ Di Penang: Pemilik Hidap HIV, Mengaku Salah Sebar Jangkitan

Artikel berkaitan: Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan

Ada seorang lelaki tidak sedarkan diri & meninggal dunia, positif dadah

Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tangkapan itu melibatkan 23 lelaki tempatan dan 28 lelaki warga asing yang berusia antara 21 hingga 52 tahun.

“Serbuan turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM103,070 dalam operasi berkenaan. Antara dadah yang dirampas ialah cecair MDMA seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA (284 gram), pil ekstasi (8.56 gram), serbuk ekstasi (8.7 gram) dan ketamin (11.61 gram).”

Beliau berkata, sebelum serbuan itu dilaukan, polis ada mengesan seorang lelaki yang menghadiri parti tersebut telah diusung keluar dari lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.”

Siasatan mendapati bahawa kumpulan lelaki itu dipercayai menjadikan bilik hotel berkenaan sebagai lokasi berhibur dan menyalahgunakan dadah selain daripada terbabit melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif.”

Menurutnya, kes tersebut disiasat megikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua suspek direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan lanjut.”

“Semakan turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.”

Kata Hussein, kejayaan operasi itu hasil daripada risikan berterusan JSJN dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti dadah kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang.”

“JSJN komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang kerana dadah adalah musuh nombor satu negara.”

Oleh sebab itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah supaya menyalurkannya menerusi Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |