Sekali lagi kulinari tempatan mencuri tumpuan dunia apabila tiga jenis kuih-muih tradisional Malaysia dipilih menjadi cabaran penentu (Pressure Test) dalam rancangan memasak popular, MasterChef Australia.
Cabaran berprestij itu menyaksikan para peserta dikehendaki mereka semula resipi warisan keluarga juri yang juga bekas peserta rancangan tersebut, Poh Ling Yeow, yang merangkumi Karipap Pusing, Kuih Lapis, dan Kuih Koci.
Artikel berkaitan: Akauntan Berusia 29 Tahun Dari Johor Jadi Juara MasterChef Australia 2017!
Artikel berkaitan: “Dah tahu cara sebut roti canai” – Sebutan Roti ‘Kanai’ Jadi Bualan, Peserta MasterChef Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
Menariknya dalam episod kali ini, Poh sendiri telah turun padang untuk membuat demonstrasi khas, sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam cabaran Pressure Test. Beliau menunjukkan teknik lipatan daun pisang untuk Kuih Koci serta seni memintal doh Karipap Pusing yang agak rumit.
“Ini adalah resipi yang diturunkan menerusi beberapa generasi dalam keluarga saya. Saya tiada anak, jadi saya mahu turunkan ilmu dan kemahiran ini kepada orang lain,” luah Poh penuh emosi.
Malah, salah seorang peserta rencangan tersebut Aaron, meluahkan rasa bangga dan bersyukur kerana dapat mempelajari teknik pembuatan kuih tradisional Malaysia secara terus daripada Poh.
Rata-rata netizen Malaysia membanjiri ruangan komen laman Instagram rancangan tersebut dan menyatakan bahawa mereka sangat berbangga apabila kuih tradisi diangkat sebegitu.

Sumber: Instagram

7 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















