Ramai Tertanya, Bomba Perak Perjelas Sebab Khidmat Anjing K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda

13 hours ago 12

Kehilangan Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu terus mencetuskan perhatian ramai yang mana ia telah memasuki hari ke-11 operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita terbabit.

Difahamkan, operasi SAR Jaslinda menggabungkan pelbagai kaedah fizikal, udara dan kepakaran komuniti tempatan yang mana pencarian ini merangkumi kawasan seluas 36 kilometer persegi serta berdepan cabaran bentuk muka bumi dan cuaca.

Namun, dalam perkembangan operasi SAR tersebut, timbul persoalan daripada orang ramai, mengapa pihak bomba tidak menggunakan khidmat anjing pengesan K9 atau Unit K9 untuk mengesan mangsa di kawasan kejadian.

Hal ini disebabkan operasi SAR terdahulu yang pernah menggemparkan negara ada menggunakan khidmat K9.

Whatsapp Image 2022 12 18 At 8.45.17 Pm

Bomba perjelas sebab tidak guna khidmat anjing K9

Sehubungan itu, pihak pengurusan SAR iaitu Bomba Perak tampil memberikan penjelasan mengenai keputusan tidak menggunakan Unit K9 dalam operasi tersebut.

Menurut Bomba Perak, penggunaan Unit K9 dalam SAR bergantung kepada pelbagai faktor termasuk keadaan muka bumi, cuaca, tempoh kehilangan serta tahap keberkesanan pengesanan bau di lokasi kejadian.

Artikel berkaitan: “Orang mudah menghukum tanpa tahu cerita…” – Terkesan Dengan Komen Netizen, Kakak Jaslinda Saludin Buka Mulut

Artikel berkaitan: “Mungkin tersasar dari laluan asal” – Kronologi Kehilangan Pendaki, Jaslinda Di Gunung Batu Putih

Dalam operasi SAR Gunung Batu Putih, pasukan penyelamat berhadapan dengan kawasan hutan gunung yang sangat luas, curam, berbatu, berhutan tebal serta keadaan cuaca yang tidak menentu.

Selain itu, operasi yang telah berlangsung melebihi beberapa hari boleh menyebabkan jejak bau mangsa semakin sukar dikesan.

Malah, pergerakan ramai anggota SAR, diikuti dengan cuaca hujan, kabus dan tiupan angin juga boleh memberi kesan terhadap keupayaan pengesanan oleh anjing pengesan.

“Setiap aset yang digunakan dalam operasi SAR akan dinilai oleh Komander Operasi berdasarkan keadaan semasa, keselamatan pasukan dan keberkesanan pencarian.

“K9 merupakan aset yang sangat bernilai dalam operasi SAR, namun penggunaannya perlu disesuaikan dengan keperluan dan situasi di lapangan bagi memastikan peluang pencarian dapat dimaksimumkan,” katanya.

712686448 1187924731062054 823060045085285067 N

Dalam pada itu, pihak berkuasa dan seluruh pasukan SAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan moral serta doa yang berterusan daripada rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |