Produk keluaran pempengaruh dan usahawan disegani ramai, Khairul Aming sememangnya diketahui telah mencetuskan fenomena di seluruh negara.
Terbaharu, Khairul Aming kembali mencuri perhatian apabila secara rasminya memperkenalkan produk keempatnya, Sambal Nyet Bilis.
Menerusi perkongsian beliau, Sambal Nyet Bilis dihasilkan bagi memberikan variasi rasa yang lebih kaya dan berbeza berbanding produk terdahulu.

Tampil rasa baharu dengan bahan tempatan
Menurutnya, sambal ini mengetengahkan gabungan bahan-bahan tempatan yang dipilih dengan teliti bagi menghasilkan rasa yang lebih segar dan beraroma.
Antara keistimewaannya ialah penggunaan ikan bilis segar yang diperoleh terus daripada nelayan tempatan di Setiu, Terengganu.
Selain itu, sambal ini menggunakan formulasi khas 75 peratus cili hijau dan 25 peratus cili merah yang dibekalkan oleh petani tempatan di Banting, Selangor. Gabungan ini dikatakan memberikan rasa pedas yang lebih lembut, gurih dan harum.
“Jadi inilah dia produk terbaharu Khairul Aming, diinspirasikan daripada rasa tempatan, dibuat menggunakan bahan tempatan, dihasilkan oleh anak tempatan untuk dinikmati satu dunia,” katanya.
Artikel berkaitan: “Ready nak battle” – Khairul Aming Keluarkan Produk Ketiga, Rendang Nyet!
Artikel berkaitan: Penangan Sambal Nyet, Ada Yang Sanggup Menyamar Jadi Ejen Sambal Khairul Aming Untuk Kaut Untung Sendiri
Buka peluang pekerjaan kepada 100 orang anak tempatan
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi perkembangan operasi perniagaannya yang kini semakin berkembang.
Pengeluaran Sambal Nyet kini dijalankan di tiga buah kilang di Kota Bharu, Kelantan, dengan kapasiti melebihi 12,000 botol sehari menerusi proses kawalan kualiti (QC) yang ketat di setiap peringkat pengeluaran.
Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana perniagaannya kini telah membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 100 tenaga kerja tempatan yang menjadi tulang belakang kepada operasi syarikat sejak beberapa tahun lalu.
Bagi memenuhi permintaan orang ramai, sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan ditawarkan untuk jualan pertama.
Jualan akan dibuat pada Jumaat, 7 Ogos ini menerusi sesi pelancaran khas di TikTok Khairulaming pada jam 9.00 malam.
Sumber: Instagram

14 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)

















