Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Kampung Kolong Sungai Tengah, Kuching, Sarawak, petang semalam.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat awal saksi, mangsa yang dikenali sebagai Fahrell Zaquan Hasbullah dilaporkan sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sekitar jam 4 petang sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam air. Arus sungai yang deras menyebabkan mangsa dihanyutkan dan gagal diselamatkan.
Ketika kejadian, mangsa dilaporkan tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang berwarna putih. Rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan bomba menjalankan pencarian di sekitar tebing dan permukaan sungai, namun operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 6.43 petang berikutan keadaan semakin gelap dan faktor keselamatan. Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pagi ini bagi mengesan mangsa.
Sumber: Astro Awani

17 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















