Ketika ini, sedang hangat mengenai isu penempatan serta pembinaan struktur bangunan bertingkat menyerupai ‘flat’ secara tidak sah di Sungai Tekali, Hulu Langat.
Dikatakan flat terbabit dibina sendiri oleh warga asing, seorang bekas penyewa menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya mendakwa ia didirikan oleh pemilik tanah warga tempatan sebelum disewakan kepada warga asing.
Dikenali sebagai Hussin, seorang warga Myanmar yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, dia pernah tinggal di penempatan itu selama kira-kira lima tahun sebelum berpindah selepas operasi penguatkuasaan dijalankan tahun lalu.
Katanya, sewa bulanan di flat berkenaan murah iaitu anggaran RM350 hingga RM400 termasuk bil air dan elektrik.
“Rumah di sini ada kira-kira 20 pintu. Ada warga asing tinggal berseorangan dan ada juga yang tinggal bersama keluarga.
“Pemilik tanah warga tempatan, dia yang bina rumah ini dan menyewakan kepada warga asing. Saya nafikan bahawa warga asing yang bina rumah berkenaan,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Pernah Dibangkitkan, ADUN Dusun Tua Perjelas Sebab Flat ‘Haram’ Warga Asing Masih Wujud
Artikel berkaitan: Flat Dikaitkan Dengan Rohingya Di Sungai Tekali Bakal Dirobohkan
Penempatan pernah diserbu pihak berkuasa
Berkongsi lanjut, penempatan berkenaan pernah diserbu pihak berkuasa kerana terdapat penghuni yang tidak memiliki dokumen sah.
Katanya, hanya mereka yang tidak mempunyai dokumen yang ditahan. Namun selepas operasi itu, pihak berkuasa meminta penghuni mengosongkan kawasan berkenaan kerana sebahagian binaan didakwa didirikan di atas tanah rizab.
“Sekarang saya duduk di kawasan sekitar. Tempat ini pun sudah lengang sejak setahun lalu dan semua dah tak duduk di sini,” katanya.

Rumah serba daif & tidak selesa
Seorang lagi bekas penghuni flat berkenaan, Abdullah, 36, berkata sebelum ini penempatan tersebut dihuni kira-kira 40 hingga 50 penduduk daripada sekitar 30 keluarga.
Menurutnya, keadaan rumah yang didiami mereka juga serba daif dan tidak selesa.
“Cuba tengok (rupa rumah ini). Sini pun orang tak berani (nak duduk). Siapa yang berani tinggal di rumah macam ini? Rumah burung pun lagi cantik,” katanya.
Terdahulu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan penguatkuasaan, termasuk mengeluarkan notis terhadap struktur binaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan di kawasan tersebut.
Sumber: Kosmo!

14 hours ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















