Ft Yusry Lisa

Hampir sebulan berada di Tanah Suci, Mekah untuk mengerjakan ibadah haji, Datin Lisa Surihani akhirnya selamat tiba ke tanah air, hari ini.

Ketibaannya dilihat disambut begitu meriah oleh suaminya Datuk Yusry Abdul Halim bersama anak-anak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Artikel berkaitan : “Yusry suami paling beruntung” – Buku Catatan Lisa Surihani Untuk Mengerjakan Haji Jadi Buat Netizen Kagum

Artikel berkaitan : “Jadi core memory sampai sekarang” – Lisa Surihani Dedah Pernah Dibuli Sebab Pelat ‘R’

Sebaik sahaja Lisa Surihani Mohamed itu muncul di pintu keluar dari balai ketibaan, anak-anak terus berlari dan terus mendakapnya.

Sementara itu, Yusry pula memeluk erat Lisa sambil mengucup dahi isterinya itu. Dalam satu video, Yusry memaklumkan bahawa kediaman mereka begitu sunyi tanpa kelibat Lisa.

Lisa 1

“Saya sedang menunggu kepulangan Lisa daripada Tanah Suci. Alhamdulillah dah selesai semua urusan ibadah haji. Rumah itu bukanlah sebuah rumah yang sempurna tanpa Lisa.”

Lisa juga dilihat menitiskan air mata gembira kerana dapat bersua dengan keluarganya semula. Sebelum ini, Lisa berangkat ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bersendirian tanpa diiringi suami.

Screenshot 2026 06 12 175127

Difahamkan, rayuan permohonan visa haji Yusry ditolak sekali gus tidak berpeluang menunaikan ibadah tersebut bersamanya.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.