Seorang lelaki warga Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan merompak rumah legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek menggunakan sebilah pisau, Mei lalu.
Tertuduh, Mohamad Fawyas Yasin, 27, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Mengikut kertas pertuduhan, rompakan bersenjata itu dilakukan di sebuah kediaman di Jalan Damansara, TTDI kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 19 Mei lalu.
Artikel berkaitan: Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Untuk Berguru Dengan Misbun Sidek, Ramai Puji Disiplin 3 Pemain Badminton Thailand Ini
Artikel berkaitan: “Terbaik sepanjang zaman!” – 7 Atlet Malaysia ‘Lejen’ Yang Mencipta Sejarah!
Kes dikendalikan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun beserta denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha, memohon agar mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan atas faktor keselamatan dan risiko tertuduh melarikan diri.
“Walaupun tertuduh memegang kad UNHCR, semakan mendapati dokumen itu telah luput dan dia tidak mempunyai alamat tetap.
Sukar untuk menjejaki tertuduh sekiranya dia gagal hadir ke mahkamah. Malah, tertuduh tahu alamat mangsa, jadi ada risiko saksi kes akan diganggu,” hujah Banusha.
Bagaimanapun, peguam bela Mansheel Kaur memohon jaminan dibenarkan atas dasar kemanusiaan. Beliau menyatakan bahawa anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dengan pendapatan RM50 sehari sebagai buruh, serta mempunyai isteri dan seorang bayi berusia 10 bulan.
Tambahnya, tertuduh sudah menetap di Malaysia selama 15 tahun dan kad UNHCR miliknya kini dalam proses pembaharuan.
Selepas mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak, Hakim Siti Shakirah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Mahkamah menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: Kosmo!

9 hours ago
9


![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)




























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















