Kisah kehilangan seorang wanita muda yang tular sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui semula dalam keadaan selamat.
Menurut polis, wanita berkenaan iaitu Nur Dinie Sani Hasrul Sani, 25, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu berjaya ditemui pada Sabtu sekitar pukul 11 pagi di kawasan sekitar Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, hasil siasatan mendapati wanita tersebut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan mendapati sepanjang tempoh menghilangkan diri, mangsa dipercayai menginap di sebuah hotel di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, hasil maklumat yang diperoleh mendapati wanita tersebut dipercayai bertindak menghilangkan diri akibat tekanan berkaitan pekerjaan.
Nur dinieArtikel berkaitan: “Hanya pencinta kucing sahaja yang faham” – Tangisan Peguam ‘Kotak Pensel’ Kehilangan Kucing Tersayang Undang Sebak Ramai
Artikel berkaitan: 2 Lelaki Jatuh Empangan Sebab Nak Curi Kabel, Seorang Hilang Dikhuatiri Lemas
Terdahulu, polis giat mengesan Nur Dinie selepas menerima laporan kehilangan pada jam 12.16 tengah hari. Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai hilang sekitar 6.30 pagi dari alamat terakhirnya di Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat, Kajang.
Dalam pada itu, pihak polis turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat sehingga mangsa berjaya ditemui.
Polis turut menasihatkan orang ramai yang berdepan tekanan emosi atau masalah peribadi supaya mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat daripada pihak berkaitan.
“Masyarakat boleh menghubungi Talian Kasih 15999 bagi mendapatkan kaunseling atau bantuan pakar untuk menguruskan tekanan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

11 hours ago
10













![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)

















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















