Ft Yt

Satu kandungan video daripada sebuah saluran YouTube terkenal kini menjadi sorotan netizen kerana kenyataan mereka yang membuatkan warganet kurang senang.

Menurut netizen, kenyataan tersebut dianggap agak keterlaluan kerana ia melibatkan junjungan Nabi Muhammad SAW dan ia disampaikan dengan nada melawak.

Artikel berkaitan: “Mari kita berdamai” – YouTuber & Pekerja Muzium Mohon Maaf, Tiada Niat Nak ‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia

Artikel berkaitan: Kumpulan BLACKPINK Jadi Artis Pertama Capai 100 Juta ‘Subscribers’ Di YouTube

“2026 patik menjangkakan tiada lagi yang ingat pada Nabi Muhammad S.A.W”

Screenshot 2026 06 04 160112

Dalam video tersebut salah seorang individu menyatakan bahawa pada tahun 2026 tiada sesiapa yang akan ingat pada Nabi Muhammad S.A.W dan orang ramai yang berada di dalam video tersebut ada yang dilihat diam dan ada juga yang ketawa.

Ia membuatkan ramai netizen terutamanya bagi mereka yang beragama Islam, menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar diperkatakan kerana dilihat seperti mempersendakan agama.

Oleh itu, netizen di Threads telah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada individu di dalam video berkenaan dan mengakui kesalahan mereka.

Dalam pada itu, ada juga netizen menyatakan bahawa ada maksud tersirat lain yang perlu difahamkan di dalam video itu, bagi mereka, penonton perlu memahami konsep video tersebut dan ia mempunyai kaitan dengan apa yang sedang berlaku di dunia sekarang.

Namun begitu, timbul juga perdebatan sesama netizen kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai video tersebut.

Yt  Yt 3 Yt 4

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.