Satu insiden ngeri berlaku di sebuah pangsapuri yang terletak di Tampoi, Johor Bahru sekitar jam 8 pagi semalam di mana dua kanak-kanak terjatuh dari bangunan di tepi kolam renang kediaman tersebut.
Saksi yang berada di kawasan tersebut menerusi laman Instagram miliknya ada kongsikan kejadian yang menyayat hati itu depan matanya, dia mengatakan bahawa kolam renang tersebut berada di tingkat 7.
Artikel berkaitan: Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama, Keadaan Mangsa Dilaporkan Semakin Stabil & Ada Tindak Balas Positif
Artikel berkaitan: Kakak Tergamam Dapat Tahu Adik Jatuh Bangunan
“Kami baharu buka paip tepi kolam mahu basahkan badan sebelum mandi, sekali terdengar bunyi kuat seakan benda jatuh.”
Kata wanita yang dikenali sebagai Irainany lagi, pada waktu kejadian, suasana begitu sunyi kerana hanya ada empat individu yang berada di lokasi iaitu dirinya, suami, bayi serta seorang pekerja bahagian pembersihan.
“Tak boleh lupa betapa cemasnya kami ketika itu apabila nampak seorang kanak-kanak perempuan jatuh selepas dengar bunyi yang kuat. Selepas itu, ramai jiran yang ke lokasi. Sampai kini saya masih trauma teringat kejadian.”
“Ketika itu suami menyerahkan bayi kepada saya dan ke lokasi kanak-kanak itu terjatuh.”

Tambah beliau, waktu itu, suami dan beberapa individu lain jadi buntu apabila melihat mangsa. Menurutnya, selang beberapa minit mereka sekali lagi ada mendengar bunyi kuat sebelum ternampak seorang budak lelaki pula yang jatuh.
“Suami kemudian menghubungi ambulans dan meminta bantuan jiran lain.”
Sementara itu, seorang lagi panduduk yang berada di kawasan berkenaan menerusi ruangan komen mendakwa dirinya juga salah seorang penghuni di apartmen tersebut dan tingkat 13 di blok berkenaan menyatakan dirinya masih terkejut dengan kejadian.
“Kanak-kanak lelaki itu dikenali sebagai Irfan dan adiknya, Puteri. Selepas beberapa minit kejadian ibunya ke lokasi dan saya sempat memeluk ibu mereka bagi memastikan dia tenang.”

Difahamkan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun tersebut meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital manakala abangnya yang berusia 10 tahun itu masih lagi berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Sementara itu, Ketua Polis Derah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan kejadian. Tambah beliau, pihaknya akan memberikan kenyataan selepas siasatan dijalankan.
Sumber : Harian Metro

11 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















