Kemelut rumah tangga antara pelakon, Betty Banafe dan bekas suaminya nampaknya masih belum menemui titik noktah meskipun sudah lapan tahun mereka bercerai.
Terbaharu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Betty mendedahkan rasa lelah apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah birokrasi dan tuntutan mahkamah yang dianggap sebagai satu bentuk gangguan mental buat dirinya dan anak-anak.
“Naik turun mahkamah setiap bulan!”
Menurut Betty, dia sudah cukup bersabar melayan 17 kes fail saman yang dibuka terhadapnya, termasuklah 5 kes komital yang didakwa sengaja dibuat untuk mematikan semangatnya.
Bukan itu sahaja, Betty mendakwa bekas suaminya seolah-olah mahu menyibukkan masanya dengan menjawab pelbagai affidavit demi merebut hak jagaan anak, sedangkan individu tersebut kini menetap di Amerika Syarikat.
Artikel berkaitan: Dakwa Fazura Langgar Perintah 6 Kali, Fattah Amin Bakal Kemuka Semula Permohonan Berkaitan Hak Lawatan Anak Ke Mahkamah
Artikel berkaitan: Dua Kali Lafaz Cerai Luar Mahkamah, Status Rumah Tangga Marissa Dania & Aslam Jadi Tanda Tanya
“Kenapa ya tak fokuskan sahaja kewangan, rancangan masa depan yang baik untuk anak-anak? Daripada buang duit berperang di mahkamah hanya nak rebut kuasa penuh hak jagaan, tetapi kau tak boleh jaga anak, sebab bekas suami di America!” Tulisnya.
Satu van pakar psikologi datang soal selidik anak
Lebih mengejutkan, Betty berkongsi detik cemas apabila sebuah van yang membawa wakil pakar psikologi serta pihak berkuasa datang ke rumahnya untuk menyiasat dakwaan penderaan terhadap anak-anak dan warga emas di rumah tersebut.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati perwatakan anak-anaknya sangat positif dan langsung tidak menunjukkan sebarang unsur penderaan seperti yang didakwa.
“Inilah dia bila bekas suami meroyan, jadikan anak sebagai umpan buat report palsu JKM atas pertuduhan dera anak-anak dan helper! Now anak-anak rasa tertipu!” Tulisnya lagi.
Anak terpaksa hadap ‘Conversation Toksik’
Apa yang paling menyedihkan hati seorang ibu adalah apabila melihat anak-anak yang kini sudah meningkat remaja terpaksa melalui persekitaran yang tidak sihat setiap kali bertemu dengan keluarga sebelah sana.
Betty menjelaskan, anaknya sejak umur 5 tahun sudah melihat perpisahan ibu bapa mereka, dan kini pada usia 13 tahun, ‘peperangan’ tersebut masih belum tamat.
Tak pernah tuntut Mutaah & Harta Sepencarian
Tegas Betty lagi, sejak awal perceraian, dia langsung tidak menuntut sebarang nafkah mutaah, iddah, mahupun harta sepencarian kerana niatnya hanyalah untuk keluar daripada perkahwinan tersebut dengan tenang dan memperbaiki diri.
Malah, dia turut memberikan pesanan padu kepada peguam pihak lawan agar menjalankan tugas dengan telus dan tidak hanya mengambil peluang menekan kewangan orang lain dengan prosedur yang tidak mengikut SOP.
Sumber: Instagram

18 hours ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















