Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang bapa selain melihat kejayaan anak di depan mata sendiri. Itulah yang dirasakan oleh seorang bapa apabila penat lelahnya membesarkan anak selama ini terbayar dengan keputusan peperiksaan yang cukup membanggakan.
Menerusi sebuah perkongsian video yang tular, kelihatan seorang remaja lelaki dikenali sebagai Fakhrul Iman sedang menyemak keputusan peperiksaannya bersama bapanya yang setia menemani di sisi. Sebaik sahaja helaian kertas dibuka, terpampang keputusan yang sangat luar biasa iaitu 11A+.
Artikel berkaitan: Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran
Artikel berkaitan: Tiada Lesen Memandu, Pelajar SPM Cedera Lepas Bawa Motosikal Lawan Arus
Suasana yang mulanya penuh debaran terus bertukar menjadi saat paling emosi apabila si bapa tidak dapat menahan air mata kegembiraan. Sambil menangis kesyukuran, bapa tersebut terus memeluk erat anaknya, menggambarkan betapa besarnya makna kejayaan itu buat mereka sekeluarga.
@tvpss.smatkemTahniah Fakhrul Iman atas kecemerlangan 👏🏻 #spm2025 #batch08 #smatkem #straightaplus
♬ original sound – TV PSS SMA TELOK KEMANG – TV PSS SMA TELOK KEMANG
Momen pelukan itu jelas memperlihatkan kasih sayang yang mendalam. Biarpun si bapa kelihatan seperti seorang yang simple, namun titisan air matanya menjadi saksi betapa dia amat berbangga dengan pencapaian anaknya itu.
Kejayaan memperoleh 11A+ bukanlah satu perkara yang mudah, dan sudah pasti ia adalah hasil daripada disiplin tinggi si anak serta doa yang tidak putus-putus daripada seorang ayah.
Fakhrul di ruangan komen turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mengucapkan tahniah kepadanya selain berterima kasih kepada guru-gurunya, malah beliau juga menyifatkan kejayaannya ini sebagai suntikan semangat buat mereka yang bakal menghadapi SPM.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada individu mendakwa pelajar itu merupakan anak kepada penjual goreng pisang dan laksa di Port Dickson, Negeri Sembilan namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Sumber: TikTok

14 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















