Semalam, chef popular Malaysia, Chef Zam telah menerima pelbagai kecaman daripada warganet susulan perkongsiannya di platform Threads yang mempersoalkan mengapa ramai yang mahu pulang awal ke rumah pada bulan Ramadan meskipun waktu berbuka puasa adalah pada jam 7.29 petang.
Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial telah mengkritik persoalan Chef Zam itu kerana umum mengetahui ramai yang tinggal jauh dari tempat kerja atau pejabat mereka dan perlu menghadapi lalu lintas yang sesak ketika waktu puncak.
Selain itu, ada ramai juga yang mempersoalkan penggunaan perkataan ‘menggeletis’ yang digunakan oleh Chef Zam itu.

Artikel Berkaitan: “Buka 7.29pm, menggeletis balik 4.30pm apasal?” – Chef Zam Teruk Dikecam Isu Pertikai Pekerja Balik Awal Sempena Ramadan
Artikel berkaitan: Dikritik Chef Zam Sebab Jual Nasi Lemak ‘Add On’ Sambal, Ini Penjelasan Bungkus Kaw Kaw
Susulan itu, Chef Zam telah tampil memohon maaf atas penggunaan perkataan ‘menggeletis’ itu dan tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa.

Sumber: Threads Chef Zam

16 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















