Baru-baru ini, tular sebuah video yang mendakwa pelakon terkenal Hollywood, Anne Hathaway, kononnya telah memeluk agama Islam secara rahsia. Spekulasi ini mula kecoh di media sosial selepas beberapa clue atau petunjuk dikesan oleh peminat setianya.
Apa yang paling mengejutkan ramai adalah satu klip temu bual di mana Anne secara spontan menyebut, “I want to have a long, healthy life, Insha-Allah.” Sebutan “Insha-Allah” itu kedengaran sangat fasih dan natural, membuatkan ramai beranggapan dia sudah mula mempraktikkan cara hidup seorang Muslim.
Artikel berkaitan: “Selepas 20 tahun!” – Princess Diaries 3 Akan Diarahkan Oleh Pengarah Malaysia, Adele Lim!
Artikel berkaitan: 8 Filem Yang Paling Ditunggu-Tunggu Tahun 2026, Korang Dah Ready Ke Belum?
Apabila ditanya mengenai pegangan agamanya, bintang filem The Devil Wears Prada ini tidak memberikan jawapan yang spesifik. Sebaliknya, dia hanya menjawab ringkas bahawa dia kini sedang dalam proses atau “a work in progress“. Jawapan itu memberi gambaran bahawa dia masih dalam perjalanan mencari spiritualiti.
@real.lilyjayIs Anne Hathaway secretly muslim?! 😳
♬ original sound – Lily Jay – Lily Jay
Bukan rahsia lagi, Anne mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengurus merangkap rakan baiknya, Maha Dakhil. Maha merupakan seorang Muslim yang berpengaruh di Hollywood. Kedekatan mereka dikatakan sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada Anne tentang keindahan agama Islam.
Sebagai duta PBB (UN Women), Anne sering dilihat lantang bersuara dan mempertahankan hak komuniti Muslim di peringkat global. Malah, dia juga pernah dilihat bersama ikon pendidikan, Malala Yousafzai, dalam memperjuangkan isu kemanusiaan.
Walaupun Anne Hathaway belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai status agamanya, sikap terbuka dan rasa hormat yang ditunjukkannya terhadap komuniti Muslim memang patut dipuji. Sama ada dia sekadar menunjukkan solidariti atau benar-benar sedang mendalami Islam, itu adalah urusan peribadinya.
Sumber: TikTok

6 hours ago
9


















![[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/04/zra-gsf-sekat-kapal-tentera-israel.jpg)












:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















