Ft Ustaz Vs Tareq

Seringkali mencetuskan kontroversi antara pempengaruh, selebriti dan agamawan, TikToker Tareq Fit kini dilihat telah membuatkan agamawan yang dikenali sebagai Ustaz Syafiq Maslin seperti ‘hilang sabar’ apabila Tareq Fit dikatakan ‘memetik’ namanya dalam satu podcast.

Malah, dikatakan Tareq Fit telah menyekat akaun Ustaz Syafiq Maslin sambil menunjukkan bukti menerusi Threads miliknya.

Artikel berkaitan: “Kau terasa hati?” – Kecoh! Tareq Fit ‘Bertegang Urat’ Dengan Agamawan Di TikTok?

Artikel berkaitan : “Kenapa ramai lembut-lembut” – Ojen Aiwah Terguris Hati Dikutuk Tareq Fit Tanpa Sebab

“Berani sebut nama saya dalam podcast , tapi block saya pulak.. sekali lagi kau petik atau perli aku.”

Menurutnya lagi, Tareq Fit turut memerlinya dalam podcast tersebut dan terus memperlekehkan para ulama. Tegas Ustaz Syafiq Maslin lagi, dia akan terus menentang Tareq Fit dalam media sosial selain menempelak cara Tareq Fit yang kononnya berdakwah mengikut cara Rasulullah SAW tetapi menghina orang.

Screenshot 2026 03 02 131859

Sebelum ini, ‘kedinginan’ antara mereka mula tercetus apabila Tareq Fit ada membalas komen Ustaz Syafiq Maslin yang menegurnya menerusi hantarannya sendiri. Namun, dalam satu hantaran TikTok milik Ustaz Syafiq Maslin, dia ada memohon maaf kepada Tareq Fit.

Sumber : Threads @ustazshafiqmaslin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.