Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran

12 hours ago 7

Lima sekeluarga maut dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong di Raub, awal pagi tadi, yang mana salah seorang mengsa merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bentong.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan perkara tersebut, katanya, mangsa Allahyarhamah Ruby Adira Batreisya Mohd Alawi, 17 kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel berkaitan: Tunggu Kelahiran Pertama Ogos Ini, Suami Reda Isteri Hamil 3 Bulan Maut Kebakaran

Artikel berkaitan: Johor Mohon Surau Dan Masjid Di Negeri Itu Tunai Solat Sunat Istisqa’, Mohon Hujan Redakan Kebakaran

2 beradik terselamat sebab tiada di rumah

642389307 1469890161170410 8648129944710439037 N

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, insiden yang menyayat hati itu turut meragut nyawa ibu bapanya, Mohd Alawi Muhammad, 56, dan Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta dua lagi adik beradik mangsa, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10.

642249968 1469890231170403 3375684722819425638 N

Dalam pada itu, dua orang lagi anak kepada pasangan itu tiada di rumah ketika waktu kejadian kerana sedang menetap di asrama.

Dua beradik yang kini anak yatim piatu iaitu Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, kini sedang mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan, manakala Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15, pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong.

Sementara itu, Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan, hari ini, mengaku beliau sangat terkesan serta cukup berdukacita atas insiden tragis yang berlaku sekitar jam 3.44 pagi itu.

641297707 1469890174503742 733948133199127308 N

Katanya lagi, kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus struktur rumah, manakala tiga kereta dan tiga motosikal turut hangus.

“Pastinya, ujian ini terlalu berat untuk dipikul – kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata, apatah lagi membabitkan hampir seluruh ahli keluarga.”

“MARA amat berdukacita atas insiden menyayat hati ini. Insya-Allah, pihak MARA akan menghulurkan bantuan sewajarnya dan memastikan kebajikan ahli keluarga yang ditinggalkan itu terus diberi perhatian serta sokongan diperlukan dalam tempoh sukar ini.”

Bhruby 1772091215

Di samping itu, Asyraf Wajdi turut menitipkan doa agar roh mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al Fatihah.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |