YouTuber dan streamer popular IShowSpeed kembali menjadi sorotan dengan kali ini, dia secara terang-terangan berharap bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal bersama pasukannya menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 itu nanti.
Menerusi siaran langsung di YouTube, Speed yang turut dikenali sebagai peminat tegar Cristiano Ronaldo itu meluahkan kebimbangannya terhadap kemungkinan Lionel Messi menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.
“Selamatkan saya, Lamine Yamal! Tolong kalahkan Argentina. Jika Messi menang lagi, saya tak tahu nak kata apa lagi sebagai peminat Ronaldo,” ujarnya.
Malah, dia turut menyifatkan kemenangan Sepanyol sebagai satu-satunya harapan untuk ‘menyelamatkan peminat Ronaldo’ daripada terpaksa menyaksikan kejayaan Messi sekali lagi di pentas terbesar bola sepak dunia.
Artikel berkaitan: “Terima kasih atas segalanya” – iShowSpeed Menangis Teresak-esak, Perjalanan Ronaldo Di Piala Dunia Berakhir
Artikel berkaitan: “Kalau England yang buat…” – Ramai Terkedu Lihat Messi ‘Headlock’ Jude Bellingham
🚨| BREAKING: Speed sends a desperate message to Lamine Yamal ahead of the Spain vs Argentina World Cup Final
“LAMINE, PLEASE BEAT ARGENTINA… SAVE ME! If Messi wins the World Cup, I won’t have anything left to say as a Ronaldo fan.” 😭😭😭 pic.twitter.com/XKZIyFZLj8
— Speedy HQ (@IShowSpeedHQ) July 15, 2026
Kenyataan itu turut meraih perhatian ramai peminat bola sepak, menganggap ia sekadar gurauan yang mencerminkan persaingan berpanjangan antara penyokong Messi dan Ronaldo.
Di sisi lain, Lamine Yamal sebelum ini mengakui sangat mengagumi pemain legenda itu. Dia bahkan menyebut Messi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dan berhasrat untuk berhadapan dengan Argentina di peringkat akhir sebagai tentangan terbesar.
Terdahulu, Sepanyol mara ke peringkat akhir selepas menewaskan Perancis 2-0, manakala Argentina pula bangkit menewaskan England 2-1 untuk mengesahkan tempat dalam aksi penentuan kejuaraan.
Sumber: X

17 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















