Syaz Ft 2026 03 04T160710.876

Siapa sangka bintang pop dunia, Selena Gomez rupa-rupanya ada sisi ‘pelik’ tapi romantik dengan suaminya, Benny Blanco. Baru-baru ini, tular satu klip dari podcast Friends Keep Secrets yang menunjukkan Selena selamba tunduk dan mencium ibu jari kaki Blanco sambil duduk di lantai.

Aksi spontan itu bukan saja buat hos lain terkejut, malah netizen pun terasa janggal dengan tindakan pelantun lagu Love You Like A Love Song itu.

Susulan itu, netizen kembali ungkit kontroversi lama melibatkan Benny Blanco yang pernah dikecam kerana dilihat berkaki ayam atas sofa dalam satu video viral sehingga ada yang mempertikaikan tahap kebersihannya.

Artikel berkaitan: The Disney Curse: Kenapa Ramai Bintang Kecil Disney Berubah Bila Dah Dewasa?

Artikel berkaitan: “Patutlah Justin pilih Hailey” – Netizen Malaysia Kecam Selena Gomez Lepas Viral Posing Gambar Pijak Buku

Selena Gomez doesn’t seem to mind Benny Blanco’s dirty feet because during her appearance on her husband Benny’s podcast, she kissed and snuggled them. 😵‍💫 pic.twitter.com/lAB4sikNUq

— TMZ (@TMZ) March 3, 2026

Apabila tular video itu, ramai menganggap ia sekadar ‘troll’ atau sindiran halus kepada netizen yang terlalu sibuk mengata soal kebersihan tersebut. Malah, Blanco sendiri tampil mempertahankan diri apabila muncul dalam rancangan Jimmy Kimmel Live! dan siap membuka stoking untuk membuktikan kakinya bersih, semata-mata mahu menjawab kecaman yang tular.

Walaupun nampak macam sweet gila sampai cium kaki, Blanco akui dia tetap jaga batas bila bekerja dengan Selena. Dia mahu Selena terus dikenali atas bakat sendiri tanpa dibayangi gelaran ‘isteri’ semata-mata.

Untuk rekod, pasangan ini dah kahwin secara rahsia di Santa Barbara pada 27 September 2025 selepas mula dating sejak 2023.

Sumber: The CSR Journal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.