Lhdn Ft New

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menetapkan semua permohonan baharu kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) yang melibatkan Institusi atau Organisasi (IO) perlu dibuat secara mandatori menerusi sistem e-Derma bermula 15 Jun 2026.

Menurut LHDN, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluas perkhidmatan digital serta mempercepatkan proses semakan dan kelulusan permohonan pengecualian cukai.

Lhdn Pfp

Melalui sistem e-Derma, permohonan boleh dibuat secara dalam talian pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN atau mengemukakan dokumen secara fizikal.

Bagaimanapun, bagi permohonan baharu oleh Institusi/Organisasi/Tabung (IOT) yang melantik wakil cukai atau ejen cukai, pengemukaan borang manual bersama dokumen sokongan masih diperlukan buat masa ini. Kemudahan tersebut dijangka diperluaskan kepada kategori berkenaan pada fasa seterusnya.

Artikel berkaitan: HASiL Perkenal e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan, Kini Boleh Mohon ‘Online’ Di MyTax

Artikel berkaitan:  RM3.5 Bilion ‘Terlepas’ Dari Cukai, HASiL Dedah Semakan e-Invois

Selain permohonan baharu, sistem e-Derma turut menyediakan: 

  • kemudahan bagi urusan lanjutan tempoh kelulusan
  • penghantaran Penyata Kewangan Beraudit
  • Borang Semakan Kendiri 
  • pindaan maklumat berkaitan IOT.

Perkhidmatan itu boleh diakses menerusi portal LHDN dan MyTax. Inisiatif ini dijangka menjadikan pengurusan dokumen lebih teratur, mempercepatkan proses kelulusan serta memudahkan akses kepada perkhidmatan percukaian secara lebih fleksibel.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.