Ditikam

Seorang lelaki telah ditemui dalam keadaan maut akibat kecederaan dipercayai kerana ditikam pada Jumaat semalam.

Menurut Astro AWANI, mangsa yang merupakan seorang warga tempatan yang berusia 50 tahun telah ditemui dalam keadaan sedemikian di sebuah rumah kedai di Petaling Jaya, Selangor.

Difahamkan, mangsa telah ditikam pada bahagian dadanya.

1 1Gambar sekadar hiasan

Artikel berkaitan: Tular CCTV Rakaman Rompakan Di Taman Sri Muda, Wanita Ditikam 8 Kali Oleh Perompak Warga Asing

Artikel berkaitan: Rompakan Paling Berani! Kisah Geng Mamak Rompak Jongkong Emas RM12 Juta Dari Subang Airport

Mangsa telah ditemui dalam keadaan terbaring, tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di unit rumah kedai tersebut.

Pihak polis mengatakan pihak mereka telah menerima laporan sekitar jam 2 petang mengenai kejadian tersebut.

Buat masa ini, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, suspek masih lagi belum dikenal pasti.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.