Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial oleh seorang pengguna akaun bernama cikfakitchen yang berkongsi satu situasi agak tegang membabitkan seorang bapa dan pemain papan selaju (skater) di sebuah taman rekreasi popular.
Menurut perkongsian tersebut, kejadian itu berlaku di skate park Ampang Park ketika dia sedang membawa anaknya bersantai di kawasan berkenaan.
Difahamkan, ketika wanita itu sedang merakam video gelagat orang ramai bermain papan selaju, tiba-tiba muncul seorang lelaki berbaju hitam yang dikatakan telah ‘sound’ salah seorang abang skater di situ.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Aksi Jurulatih Malaysia Berlari Peluk Rai Emas Atlet ‘Skateboard’ Indonesia Raih Perhatian Netizen Seberang
Artikel berkaitan: Pecah Rekod Dunia, Kucing Ini Berjaya Main Skateboard Sejauh 10 Meter Dalam Masa 12.85 Saat Je
“Tengah record-record layan diorang main skate, tetiba brother baju hitam tu spoil betul tiba-tiba sound abg main skate tuuuu. Sian dia kalau dengar dia cakap ‘bagi la budak-budak main semua tempat,” tulisnya.
Menurutnya, lelaki berbaju hitam itu bertindak sedemikian dipercayai kerana mahu memberikan ruang kepada tiga orang anak perempuannya yang sedang bermain kasut roda di kawasan yang sama.
Bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut mengundang rasa kurang senang perakam kerana berpendapat kawasan tersebut sememangnya dikhaskan untuk sukan papan selaju, dan adalah agak mustahil untuk para skater hanya bermain di kawasan sudut yang sempit sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu ini. Ramai yang mempersoalkan tindakan bapa tersebut yang seolah-olah mahu ‘monopoli’ tempat berkenaan sedangkan keutamaan harus diberikan kepada fungsi asal tapak rekreasi itu dibina.

Sumber: Threads

13 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















