Ketegangan di Asia Barat dilihat semakin meruncing apabila pangkalan tentera AS di Bahrain dilaporkan menjadi sasaran serangan peluru berpandu hari ini.
Menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa Bahrain, insiden tersebut berlaku tidak lama selepas tentera AS bersama Israel melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran.
Dalam perkembangan berkaitan, sistem pertahanan udara Qatar yang menggunakan teknologi Patriot dilaporkan berjaya memintas satu peluru berpandu yang dipercayai dilancarkan dari Iran.
Memetik laporan AFP, seorang pegawai yang enggan dikenali memaklumkan siren amaran telah dibunyikan di seluruh Qatar, termasuk di sekitar Pangkalan Al-Udeid yang merupakan fasiliti ketenteraan terbesar AS di rantau Asia Barat.

Artikel berkaitan: Konflik AS-Iran: Amaran Awal Buat Ekonomi Malaysia
Artikel berkaitan: Jarum Suntikan Berselerak Berhampiran Pantai, AADK Akan Lakukan Siasatan
Di Manama, ibu negara Bahrain, koresponden AFP melaporkan bunyi letupan kuat kedengaran dan menggegarkan kawasan sekitar pada petang Sabtu.
Bagaimanapun, punca sebenar letupan di pangkalan berkenaan masih dalam siasatan dan setakat ini belum ada pengesahan mengenai tahap kerosakan atau jumlah kecederaan yang berlaku.
Selain Bahrain dan Qatar, letupan turut dilaporkan kedengaran di Doha serta Kuwait, sekali gus meningkatkan tahap amaran keselamatan di seluruh wilayah Teluk.
Sumber: Harian Metro

12 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















