Ft Pu Rahmat

Drama final Piala Dunia 2026 ini dilihat semakin melampau apabila tular satu perbualan mesej luahan buntu daripada seorang isteri atas tindakan aneh suaminya yang sanggup bermain-main dengan isu talak ketika membuat pertaruhan dengan kawan-kawannya.

Dalam sebuah hantaran di Threads, wanita yang dikenali sebagai Raudhah menceritakan bahawa suaminya ada bertaruh dengan rakan-rakannya dengan mengatakan bahawa dia akan melafazkan cerai talak 3 terhadap isterinya jika Argentina kalah dengan Sepanyol.

Artikel berkaitan: “Aku cadangkan zionis l*wat” – PU Rahmat Respon Individu Kutuk Peserta GSF 2.0

Artikel berkaitan: Tuduh Zizi Kirana ‘Terlanjur’ Masa Program Solidariti Gaza, PU Rahmat ‘Sound’  Netizen Biadab

Bodoh punya jantan – PU Rahmat

Seperti yang ramai sedia maklum, persoalan akhirnya terjawab apabila Sepanyol telah berjaya mengalahkan Argentina 1-0 dalam perlawanan tersebut dan ia membuatkan Raudhah buntu jika dirinya sudah jatuh talak 3 atau belum.

“Dia balik pagi tadi meraung macam orang gila. Aku tanya kenapa? Dia pun cerita hal sebenar.”

744955743 17952168372203265 5182146580457002614 N

Dalam masa 6 jam hantaran tersebut dimuat naik, ia telah meraih lebih 9,300 reaksi dan lebih 8,500 jumlah perkongsian hingga membuatkan pendakwah bebas, PU Rahmat rasa terpanggil untuk memberikan jawapan terhadap dilema yang menimpa Raudhah dan suaminya.

Menurut PU Rahmat, kes yang menimpa Raudhah ini boleh termasuk dalam kes talak mu’allaq yang membara maksud jatuh talak yang digantung pada suatu syarat. Bagaimanapun setiap ulama mempunyai pandangan berbeza, jadi PU Rahmat menasihatkan agar kes ini dirujuk ke mahkamah.

“Sebab sistem perundangan Malaysia kuasa pemutus kepada Yang Arif Hakim Mahkamah Syariah. Buat masa ini. BERPOTENSI JATUH TALAK.”

“Kedua. BODOH PUNYA JANTAN. Bangang tak da hati nurani. Sekian maaf saya termaki.”

Sumber: Kosmo! Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.