Fatin Isteri Prince Syed Kurus

Isteri kepada pempengaruh dan usahawan Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak akhirnya bersuara mengenai penampilan terkininya yang dilihat lebih kurus dan berbeza daripada sebelumnya.

Fatin Syazwani atau mesra disapa Fatin menyangkal dakwaan yang mengatakan dia mengalami masalah kesihatan susulan prosedur bariatrik yang dijalankan pada Oktober tahun lalu, sebaliknya masih sihat dan bukan seperti yang diperkatakan segelintir netizen.

Dia yang tampil ke mahkamah hari ini bersama suaminya bagi kes melibatkan keluarganya itu juga selesa dengan bentuk dan berat badannya yang kini mencecah 38 kilogram (kg).

“Alhamdulillah sihat… buat potong perut (bariatrik) menjadi walaupun ada setengah orang tak menjadi.

“Tak timbul isu masalah kesihatan,” katanya.

Artikel berkaitan: Hadir Bersama Isteri, Prince Syed Tarik Balik Kes Cedera & Khianat Libatkan Keluarga Mentua Di Mahkamah

Artikel berkaitan: “Turun mendadak pun boleh kena serangan jantung ya” – Netizen Mula Bimbang Tengok Keadaan Isteri Prince Syed

723779588 1558896972269728 4226180021004229393 N

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, netizen tidak lagi membuat andaian atau menyebarkan perkara tidak betul mengenainya.

“Saya ada baca komen malah macam-macam yang saya terima.

“Nak tergelak pun ada tapi untuk netizen, sudah-sudahlah buat spekulasi tak betul,” katanya.

Untuk rekod, Fatin menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak pada Oktober tahun lalu.

Kisahnya tular kerana pembedahan itu juga menjadi antara punca konflik dengan keluarga.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.