Syaz Ft 2026 02 26T113654.173

Baru-baru ini, tular foto Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat sedang menunaikan solat dengan hanya menyarung jubah tanpa telekung selepas menghadiri sebuah majlis berbuka puasa.

Tak semena-mena, penampilan TokTi itu mengundang perdebatan dalam kalangan netizen yang mula mempersoalkan sama ada ibadah tersebut sah atau pun tidak.

Artikel berkaitan: Masjid Al Muhajirin Sediakan Jaket Elak Gangguan Visual Ketika Solat

Artikel berkaitan: “Aunty belanja!” – Netizen Puji Siti Nurhaliza Belanja Peminat Cilik Makan Di Restoran Mahal

Susulan kekeliruan tersebut, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim tampil memberikan penjelasan padu dan ringkas bagi menjernihkan keadaan.

Menurut beliau, ramai yang terkeliru antara tuntutan agama dan adat setempat kerana hakikatnya, solat penyanyi nombor satu negara itu adalah sah di sisi syarak.

“Beliau tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat, telekung hanya budaya, bukan rukun atau syarat sah solat,” tegas beliau.

Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menjelaskan bahawa syarat sah solat bagi seorang wanita adalah menutup aurat dengan sempurna. Jadi, asalkan pakaian yang dipakai itu longgar, tidak jarang, dan menutup seluruh tubuh (kecuali muka dan tapak tangan), solat tersebut tetap diterima walaupun tanpa sehelai telekung putih!

Penjelasan ini secara tidak langsung ‘menyekat’ perdebatan hangat di media sosial yang sebelum ini mempertikaikan penampilan penyanyi nombor satu negara itu.

Cats 28

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.