Syaz Ft 2026 07 23T122553.783

Sejak mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan popular Dolla, ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai hala tuju seni penyanyi berbakat, Syasya Rizal.

Disebabkan beliau mendirikan rumah tangga dan memperlahankan aktiviti seni sejurus selepas keluar dari kumpulan tersebut, ada sesetengah pihak yang mula berspekulasi dan menyangka dia bakal berhenti terus daripada bidang nyanyian.

Artikel berkaitan: “Ala, skirt pendek je pun” – Syasya Rizal Tidak Mahu Jadi Seperti Dulu

Artikel berkaitan: Wajah Disamakan Dengan B*bi, Syasya Rizal Tak Teragak-agak Nak Saman Netizen

Walau bagaimanapun, Syasya nampaknya kembali mengubat kerinduan orang ramai apabila tampil memberi bayangan bakal melancarkan karya terbaharu tidak lama lagi selain menafikan kenyataan bahawa dia akan berhenti berkarya.

Malah, menerusi laman Threads miliknya, Syasya berkongsi video ketika dia ditemu ramah di mana beliau menegaskan bahawa nyanyian masih sesuatu yang sangat diminatinya selain menyangkal dakwaan dirinya akan berhenti menyanyi meskipun sudah berkahwin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mendengar lagu penuh daripada Syasya. Kebanyakan mereka menyokong penuh keputusan Syasya untuk bergerak secara solo dan yakin dengan bakat yang dimilikinya.

Sebagai info, debut Syasya dalam industri muzik adalah menerusi kumpulan pop Dolla sebelum beliau mengundurkan diri pada tahun 2024.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.