Seorang guru disiplin didakwa mengalami kecederaan akibat ditumbuk oleh sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, Perak semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira dalam 11.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hari apabila rambut pelajar terlibat digunting guru berkenaan.
Artikel berkaitan: Guru Disiplin Dedah Zara Qairina Pernah Buat Aduan Gangguan Seksual
Artikel berkaitan: Lempar Bom Gara-gara Tak Puas Hati Dengan Guru Disiplin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah, pihaknya sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berhubung perkara tersebut.

“Saya belum dapat maklumat secara sahih dan masih menunggu laporan daripada pihak JPN berkaitan kejadian itu.”
“Jika benar berlaku, ia merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya kerana guru adalah murabbi yang mendidik dan mengasuh anak-anak.”

Tambahnya, semakan lanjut kini sedang dilakukan bagi menentukan kesahihan tentang kejadian tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Katanya, pelajar perlu menghormati guru biarpun terdapat perkara dalam proses pembelajaran yang mungkin tidak disenangi.
“Adab dan nilai perlu diletakkan lebih tinggi daripada ilmu. Jika adab tiada, sukar untuk melahirkan individu yang berdisiplin dan berwawasan.”
Sumber : Astro Awani

9 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















