Dunia media sosial baru-baru ini dikejutkan dengan siri video daripada seorang pengguna TikTok, yang mendakwa dirinya “terkandas” dalam keadaan mencemaskan di Jeddah susulan serangan daripada Amerika Syarikat dan Israel.
Individu itu mendakwa dia terpaksa duduk di tepi jalan, malah dia juga meminta bantuan kewangan dari orang ramai menerusi content TikTok miliknya.
Tidak lama selepas itu, seorang wakil daripada agensi pelancongan (TA) yang dikaitkan dengan urusan tersebut tampil menyelar tindakan individu berkenaan.
@ammarnadihomedecovideo penjelasan kebenaran jemaah yang terkandas di Jeddah. @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani @Malaysia Airlines @Emirates #kebenaran #muhasabahdiri
♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO
Artikel berkaitan: “Kitaorang terpaksa keluar dari hotel ni” – Jemaah Malaysia Rayu Bantuan Orang Ramai Untuk Pulang Ke Tanah Air
Artikel berkaitan: Tersentuh Tengok Guru Mengaji Tahan Lapar & Berjalan Kaki, Aisar Khaled Hadiahkan Motor Serta Taja Umrah
@ammarnadihomedecopart 3.. semoga terjawap. @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani.com @Sinar Harian @Emirates @Malaysia Airlines #terlajakperahubolehdiundur #kebenaran #fyppppppppppppppppppppppp
♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO
Pihak agensi pelancongan (TA) tampil menyangkal dakwaan jemaah terkontang-kanting dengan menegaskan bahawa kebajikan mereka sentiasa terjaga, di mana isu terkandas di Jeddah sebenarnya berpunca daripada gangguan teknikal penerbangan global susulan penutupan ruang udara di Timur Tengah yang telah diuruskan dengan penyediaan penginapan hotel yang selesa.
Bercakap kepada Lobak Merah, pihak TA turut mempersoalkan integriti kandungan yang dimuat naik oleh individu dengan mendakwa ia hanyalah taktik pemasaran demi mengejar populariti, selain meluahkan kekecewaan kerana video berunsur drama tersebut telah memburukkan imej syarikat seperti Emirates Travel dan mencetuskan kegusaran yang tidak perlu dalam kalangan ahli keluarga jemaah di Malaysia.
Dalam pada itu, laporan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, buat masa ini terdapat kira-kira 1,600 jemaah Malaysia yang terkesan dengan penjadualan semula penerbangan akibat konflik serantau. Namun, pihak konsulat mengesahkan bahawa keadaan di Mekah, Madinah, dan Jeddah adalah selamat dan terkawal. Jemaah dinasihatkan untuk kekal tenang dan berkomunikasi terus dengan agensi masing-masing bagi urusan pulang.
Sumber: TikTok

18 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















