Seorang pelajar berumur 17 tahun dilaporkan terjatuh dari bangunan sebuah menengah yang terletak di Sungai Petani semalam. Ia dipercayai berpunca daripada reaksi daripada mangsa yang tak terima teguran guru kerana membawa telefon bimbit ke sekolah.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah mengatakan mangsa yang juga seorang yang Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan autisme pernah dirujuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
Artikel berkaitan: Pernah Tular Guru Teman Pelajar OKU Lari Guna Tongkat, YB Fadhlina Terima Kunjungan Mereka
Artikel berkaitan: Bank Rakyat Fokus ‘Suara Hati’ Pelanggan Menerusi Kempen Ramadan Raya 2026
Tak mampu terima teguran

“Punca kejadian masih dalam siasatan tetapi siasatan awal mendapati, pada 26 Feb lepas, mangsa telah ditegur guru kerana membawa telefon pintar ke sekolah, bagaimanapun telefon itu tidak dirampas.”
“Polis sudah menemu bual guru yang menegur serta beberapa guru lain dan kami akan siasat saksi lain untuk mendapatkan hasil siasatan yang telus.”
Adzli juga mengatakan yang mangsa sudah bersekolah di situ sejak Tingkatan 1 dan dikatakan mempunyai sindrom tantrum dan dipercayai tidak mampu menerima teguran.
Beliau juga berkata, pihaknya telah melawat mangsa di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan dimaklumkan bahawa pelajar itu sekarang berada dalam keadaan stabil.
“Pagi ini saya sempat melawat mangsa di hospital dan saya dimaklumkan oleh doktor kecederaan yang dialami mangsa banyak pada bahagian kiri badan.”
“Mangsa patah tangan kiri, patah tulang selangka kiri, patah tulang pinggul dan turut mengalami kecederaan pada paru-paru kiri. Walaupun serius tetapi secara keseluruhan, mangsa dalam keadaan stabil.”
Jelas Adzli, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 507 D(2) Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian itu.
Sumber : Astro Awani

14 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















