Anggota Tentera Kena Bom Tangan

Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya terkorban akibat terkena bom tangan ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.

Menurut kenyataan TDM, kejadian berlaku kira-kira jam 10.57 pagi ketika Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia sedang dijalankan.

Dua anggota yang terlibat ialah Koperal Norazmi bin Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

721135015 1435274825307923 3312908204497357547 N

Artikel berkaitan: Isu Kebajikan Dan Disiplin: TDM Bertegas Tangani Kes Kekerasan Di Kem Bentong

Artikel berkaitan: Lelaki Letak Bom Buatan Sendiri Dalam Kereta Bekas Kekasih Kerana Hubungan Diputuskan

Meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dalam kenyaatan itu, kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Menurut kenyataan sama, jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani bedah siasat.

724578058 1530312279136872 6295957096988773248 N

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita atas pemergian kedua-dua anggota berkenaan serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Pihaknya juga sedang menyiasat insiden letupan berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang mengorbankan dua anggotanya.

TDM memberi jaminan bahawa segala aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan.

Sumber: Facebook, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.