Pernahkah anda menonton drama hit Netflix, ‘Teach You A Lesson’? Drama yang diadaptasi daripada webtoon terkenal True Education (Get Schooled) ini sedang menjadi bualan hangat netizen. Watak utamanya, Na Hwa-jin merupakan seorang bekas Komando yang dilantik sebagai Pegawai Utama Biro Perlindungan Hak Pendidikan, beliau terkenal dengan pendekatan drastik dan tanpa kompromi dalam mengajar serta melibas kaki buli di sekolah.
Menariknya, senario fiksyen ini sebenarnya mempunyai persamaan yang sangat ketara dengan realiti pengurusan disiplin di Malaysia, khususnya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Baru-baru ini, Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkongsi pandangan beliau selepas sempat menonton episod pertama drama berkenaan. Rupa-rupanya, ramai netizen yang bertindak menanda (tagged) beliau kerana melihat ada persamaan besar antara fungsi Na Hwa-jin dengan pendekatan luar kotak yang sedang dilaksanakan oleh MARA ketika ini.
Artikel berkaitan: Kecoh Di Media Sosial Peminat K-Pop Asia Tenggara ‘Bertelagah’ Dengan ‘Fans’ Dari Korea, Rupanya Sebab Ini...
Artikel berkaitan: “Plz mana-mana menteri?” – Aliff Syukri Luah Diseru Netizen Untuk Jadi Ahli Politik, Ini Respon Dr. Asyraf Wajdi
Bekas Tentera Sebagai Warden: Fungsi Sama Selesai Isu Buli
Bagi menangani isu buli secara total, MARA telah mengambil langkah berani dengan melantik Bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Warden Sepenuh Masa di MRSM. Seperti watak Na Hwa-jin yang menggunakan latar belakang ketenteraannya untuk mengembalikan keadilan di sekolah, para veteran tentera ini dibawa masuk ke dalam ekosistem asrama dengan misi yang sama iaitu membanteras buli dan membentuk disiplin.
Ketegasan dalam menangani isu ini amat kritikal. Pihak pengurusan maktab tidak boleh sama sekali mempunyai kecenderungan untuk ‘menyapu sampah ke bawah karpet’ atau menutup kes buli semata-mata kerana takut imej institusi terjejas. Lebih penting lagi, penguatkuasaan disiplin mestilah adil dan tiada istilah pilih kasih atau layanan istimewa, walaupun si pelaku mempunyai ‘cable’ besar atau merupakan anak orang berpengaruh.
Menerusi hantaran media sosial, Dr Asyraf Wajdi menyatakan pendekatan MARA menempatkan bekas tentera ini bukan sekadar tanggapan kosong atau tindakan meluru, tetapi ia terbukti berkesan melalui data sains.
Sumber: Facebook

14 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















