Tangisan bintang bola sepak dunia, Neymar Jr di atas padang sebaik sahaja wisel penamat ditiup mengesahkan berakhirnya satu era gemilang. Stadium MetLife yang pernah menjadi saksi permulaan langkah antarabangsanya 16 tahun lalu, kini secara rasminya menjadi saksi babak terakhirnya bersama skuad Seleção (Brazil).
Brazil terpaksa akur tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026 seawal pusingan 16 terakhir selepas tewas mengejut 2–1 di tangan Norway. Namun bagi peminat tegar bola sepak, duka penyingkiran itu tenggelam dengan pengumuman persaraan legenda berusia 34 tahun tersebut.
Artikel berkaitan: “Hati saya bersama rakyat Venezuela” – Neymar Sumbang RM 1 Juta Untuk Operasi Menyelamat Mangsa Gempa Bumi
Artikel berkaitan: Dakwa Dipergunakan, Bekas Chef Peribadi Mahu Saman Neymar RM1.4 Juta
Sebelum bermulanya kejohanan berprestij ini, Neymar sebenarnya sudah menganggap kerjaya antarabangsanya telah berakhir, susulan kecederaan yang berpanjangan, beliau langsung tidak dipanggil menyarung jersi kebangsaan sejak tahun 2023.
Bagaimanapun, keputusan pengurus Carlo Ancelotti yang membuat kejutan dengan menyenaraikan semula nama Neymar diraikan dengan penuh kegembiraan oleh seluruh negara. Walaupun menyedari impak fizikalnya tidak lagi seperti dahulu, kehadiran Neymar di kem Brazil adalah sebagai ‘jiwa’ dan kekuatan spiritual pasukan. Malah, bintang muda Vinicius Jr secara sukarela menyerahkan jersi ikonik No. 10 sebagai tanda penghormatan tertinggi kepada beliau.
Satu Putaran Lengkap Di Stadium MetLife
Kisah persaraan ini menjadi lebih puitis kerana pada Ogos 2010, Neymar yang baru berusia 18 tahun melakukan debut antarabangsa menentang Amerika Syarikat di Stadium MetLife dan menjaringkan gol pertamanya. 16 tahun kemudian, di stadium yang sama, beliau menamatkan perjuangannya juga dengan satu jaringan gol.
“Saya telah cuba. Saya telah cuba yang terbaik. Kisah saya bermula di sini di Stadium MetLife, dan saya mengakhirinya juga di sini. Kini, semuanya sudah berakhir,” ujar Neymar dalam nada sebak ketika ditemuramah selepas perlawanan.
Dunia bola sepak pastinya akan merindui kelibat magis jersi No. 10 ini. Selamat bersara, Neymar Jr.
Sumber: Si

14 hours ago
17





![“Mangsa dilaporkan stabil” – [TERKINI] Kes T*kam Pelajar Di Banting](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-kes-sekolah-banting.jpg)

























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)















![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)


