Ft Wanita Meninggal Dunia Dalam Kereta

Polis mengesahkan bahawa kes wanita yang meninggal dunia dalam kereta di sebuah stesen petrol di Paya Terubong, Pulau Pinang tiada sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata, hasil bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat radang paru-paru.

Artikel berkaitan: Wanita Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Dipenuhi Barang & Pintu Berkunci

Artikel berkaitan: Wanita Meninggal Dunia Dalam Kereta Berkunci, Rupanya Sedang Berehat Ketika Jaga Bapa Sakit

“Punca kematian wanita itu disebabkan ‘pneumonia’ atau radang paru-paru dan hasil siasatan polis menunjukkan tiada unsur jenayah dalam kematian ini. Sehubungan itu, kes kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut dan laporan mati mengejut dibuka bagi siasatan lanjut.”

640545930 1425268929641208 7433564502163513856 N 1

Kata Abdul Rozak, pihaknya telah menerima panggilan makluman berkenaan dengan kejadian yang berlaku pada jam 7.55 malam. Siasatan polis mendapati mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam.

“Berikutan pintu kereta terkunci daripada dalam, khidmat pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil bagi membukanya.”

“Wanita berusia 37 tahun dan berasal dari Paya Terubong itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi.”

641562632 1425268832974551 501735352300739493 N 1

Sebelum ini, media melaporkan bahawa mayat wanita di tempat duduk pemandu telah ditemui dalam sebuah kereta yang padat dengan barangan hingga tiada ruangan dalam kenderaan itu.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.