Tular di platform media sosial Threads semalam mengenai seorang lelaki di KLIA2 didakwa telah membuat perbuatan yang tidak senonoh di hadapan sebuah kaunter di lapangan terbang tersebut.
Video tersebut telah menimbulkan kegusaran orang ramai.
Namun, menurut Asisten Komisioner M Ravi iaitu Ketua Polis Daerah KLIA, telah berlaku salah faham kerana individu tersebut yang merupakan warga India bukanlah melakukan perbuatan tidak senonoh.
Perkara yang sebenarnya yang berlaku adalah seluar yang dipakai oleh lelaki itu telah terlondeh secara tidak sengaja, lapor Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: Lelaki Tangg*l Seluar Dalam Masjid Rupanya Pemegang Kad OKU, Direman Polis 4 Hari
Artikel berkaitan: “Weh apa benda ni?” – Kantoi Ganggu Jemaah Wanita Di Masjid, Lelaki Separa B*gel Diburu Polis
Menurut siasatan polis, lelaki warganegara India itu telah terlepas penerbangan yang dijadualkan pada 5 Mac lalu pada waktu malam susulan tertidur.
Ketika berada di hadapan kaunter MyBorder, seluarnya telah terlondeh selama beberapa minit setelah dia menggaru paha kanannya.
Kakitangan terminal KLIA2 itu kemudiannya menyedari kejadian tersebut dan lelaki tersebut telah ditegur oleh staf berkenaan dan dia telah dibantu oleh staf tersebut.
Kejadian tersebut difahamkan tidak membuat sebarang unsur lucah yang disengajakan.
Lelaki itu telah diserahkan kepada pihak kedutaan negaranya dan akan pulang semula pada 14 Mac ini ke negara asalnya.
Sumber: Sinar Harian

1 day ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















