Pengkritik Bola Sepak Tempatan Dipukul

Seorang YouTuber dan pengkritik sukan bola sepak tanah air cedera parah selepas dipercayai dipukul dua individu tidak dikenali di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.56 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lingkungan 40-an ketika itu sedang mengisi angin tayar kenderaannya sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC dengan nombor pendaftaran yang tidak dapat dipastikan.

“Suspek memukul mangsa berkali-kali sebelum merakam video kejadian dan melarikan diri dari lokasi.

“Akibat kejadian itu, mangsa patah tulang mata dan beberapa kecederaan lain,” katanya.

Img 20260713 Wa00911

Artikel berkaitan: “Berkait ke?” – Ini Kronologi Kes Tiga Pemain Bola Sepak Diserang

Artikel berkaitan: Cedera Dipukul, Bil Rawatan Hospital Penyokong Skuad Kebangsaan Ini Akan Ditanggung Oleh Persatuan Bola Sepak Thai

Mengulas lanjut, Shamsudin berkata, motif kejadian masih belum dikenal pasti dan polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka memaparkan kejadian itu di media sosial. Mangsa dipercayai pencipta kandungan bola sepak dikenali sebagai YTSK (Yang Tadak Sapa Kenai) yang sering menghasilkan ulasan mengenai bola sepak tempatan, termasuk jersi, kasut dan isu semasa sukan berkenaan.

On 11 July at 7:24 PM, I was assaulted by two men at the Caltex petrol station in Sri Damansara.

I sustained a fractured eye socket and multiple injuries to my body. A police report has been lodged, and the case is currently under investigation.

I’m sharing this to inform those… pic.twitter.com/ItBns1apBE

— Joe Zakaria (@thejoezakaria) July 12, 2026

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.