Bank Rakyat, Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic), dan Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia (ASAS) secara rasmi memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersempena dengan peluncuran dua program utama iaitu Daurah International Next-Generation Shariah Experts (iNEX) serta International Fatwa Advancement (iFTA) 2026.

Sinergi antara tiga organisasi ini bertujuan untuk melahirkan pakar serta profesional Syariah masa hadapan melalui pendekatan akademik yang intensif, latihan praktikal, dan penglibatan di peringkat antarabangsa.
Bagi meluaskan lagi impak industri, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang turut dipilih sebagai rakan strategik bagi menjayakan kedua-dua program tersebut pada tahun ini.
Artikel berkaitan: Bank Rakyat Perkukuh Agenda Hebatkan Perniagaan Malaysia Di Pentas Global
Artikel berkaitan: Dari Guru Ke Jutawan, Bank Rakyat Umum Pemenang RM1 Juta Akaun Pelaburan-i Rizq Plus
Mengulas mengenai inisiatif ini, Nor Haimee Zakaria menegaskan bahawa pelaburan terhadap pembangunan bakat yang menguasai ilmu feqah klasik serta kepakaran industri moden amat penting untuk masa depan kewangan Islam.
Manakala Dr. Muhd Ramadhan Fitri Ellias pula menyatakan aspirasi bersama untuk menjadikan iNEX dan iFTA sebagai platform lestari dalam melahirkan sarjana kompeten yang mampu mengemudi industri dengan penuh integriti.

Program Daurah iNEX 2026 yang memfokuskan kepada pemantapan ilmu feqah muamalat dan usul al-feqah dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 17 Julai 2026 di Pullman KLCC.
Selepas itu, program iFTA pula bakal menyusul di Jordan pada 1 hingga 8 November 2026 bagi memberi pendedahan meluas kepada para peserta mengenai metodologi fatwa antarabangsa melalui sistem institusi fatwa yang kukuh di negara tersebut.
Sumber: Bank Rakyat

15 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















