Collage 18

Detik cemas menimpa Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada 16 April lalu ketika pulang selepas membuat persembahan di Sepang.

Selepas insiden tersebut, Siti telah kembali pulih dan dalam tempoh dua hari sudah kembali aktif bertemu semula dengan para peminat seperti biasa.

671834119 17955606087114864 5390899369436171462 N 706X1024 1

Di dalam satu sesi live yang diadakan Siti tempoh hari, beliau menceritakan tentang detik cemas yang berlaku sewaktu kemalangan tersebut.

Artikel berkaitan: “Siti Nurhaliza telah ke hospital” – Biduanita Negara Terlibat Kemalangan Di Lebuh Raya MEX

Artikel berkaitan: Tareq Fit Anggap Konsert Tok Ti Adalah Contoh Hiburan Haram?

Menurut Siti, kemalangan itu berpunca daripada sebuah kereta yang melakukan brek kecemasan secara tiba-tiba, sehingga menyebabkan beberapa kenderaan di hadapan tidak sempat membrek dan mengakibatkan pelanggaran.

@91rdaos DSSN cerita Accident tempoh hari “Allah masih lindungi saya” “Allah bagi kita utk bersyukur” “Mimi terkejut” kesian Mimi & Dato’ Sri Siti, mesti trauma🥹🥲 Alhamdulillah semuanya selamat🤲🏻💪🏻 Video credit FB Muhd Afwa Khalid Song credit Menamakanmu Cinta @Siti Nurhaliza @Nik MiEy @Ade Govinda @Rozisangdewi @UMUSIC MY @Epie Temerloh @SN LEGACY SDN BHD @cteafairuz Moga Allah pelihara kita semua🤲🏻🫶🤍 #menamakanmucintaXadegovinda #fyp #DSSNceritaaccidenttempohhari #mogaAllahsentiasalindungikita #menamakanmucintasitinurhaliza ♬ bunyi asal – Sagita

“Ada 4 buah kereta yang berada di hadapan saya bertembung, saya yang terakhir. Ada 2 kereta yang lari. Tapi biar polis lah yang cari”– kata Siti di dalam sesi live tersebut.

Screenshot 2026 04 27 130136

Siti juga berkongsi tentang kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan itu kepada peminat yang menonton sesi live tersebut.

“Kaki saya lebam. Daripada buku lali sampai ke betis saya. Sepanjang tu lebam, sebab impact daripada airbag yang keluarkan.”- katanya

Ada juga peminat yang bertanyakan keadaan kereta Siti yang terlibat dalam kemalangan tersebut, sama ada sudah dibuang atau tidak. Namun, Siti menjawab dengan santai bahawa kenderaan itu hanya dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih.

Dalam pada itu, Siti turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberikan perlindungan.

Baginya, kejadian tersebut menjadi satu peringatan daripada Allah agar hamba-Nya sentiasa sedar dan tidak lupa untuk bersyukur.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.