Tourism Selangor rasmi melancarkan Selangor Travel Fair (STF) 2026 di Pasar Seni, Kuala Lumpur bagi memperkukuh promosi destinasi utama negeri bersempena kempen Tahun Melawat Selangor 2026 (VSY2026).
Acara dwihari yang berlangsung pada 25 dan 26 Julai itu menyasarkan lebih 40,000 pengunjung yang menghimpunkan kira-kira 40 pempamer daripada pelbagai sektor pelancongan termasuk:
- taman tema
- hospitaliti
- ekopelancongan
- agropelancongan
- gastronomi
- warisan
- tarikan rekreasi

Artikel berkaitan: Sektor Pelancongan Selangor Terus Melonjak Tinggi Dengan Catatan Lebih 8 Juta Pelancong Sepanjang 2025
Artikel berkaitan: 5 Sebab Malaysia Berjaya Tandingi Thailand Sebagai Destinasi Paling Ramai Pelancong Di Asia Tenggara
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, YB Dato’ Ng Suee Lim menegaskan bahawa STF 2026 memainkan peranan penting untuk merealisasikan sasaran kemasukan sembilan juta pelancong pada tahun ini.

Penganjuran kali ini turut bermakna buat Tourism Selangor kerana meraikan sekali Sambutan Jubli Perak 25 Tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Puan Chua Yee Ling menjelaskan tema “Silver in Motion” melambangkan komitmen suku abad mereka dalam membina ekosistem pelancongan yang mampan dan berdaya saing.
Pelbagai aktiviti menarik turut disajikan kepada pengunjung termasuk:
- persembahan kebudayaan
- muzik tradisional
- bengkel kreatif
- sesi videografi
- pemeriksaan kesihatan percuma menerusi segmen pelancongan perubatan,
- pengalaman pelancongan interaktif
- podcast secara langsung
- promosi pelancongan eksklusif

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis tempatan seperti Wani Kayrie, Mohsein Kus, Puteri Haffira (Ella Junior), Hussain Jamalulhayat, Mamat Exists dan Kumpulan Bob Sentuhan.

Sebagai rekod, Selangor kekal sebagai negeri paling ramai dikunjungi di Malaysia selama lima tahun berturut-turut dengan pencapaian 36.4 juta pelawat domestik pada tahun 2025.

Tourism Selangor yakin STF 2026 dapat merangsang perbelanjaan pelancong menerusi kempen “Surprising Selangor” dan “Selangor Kan Ada”.
Sumber: Tourism Selangor

18 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















