Tragedi Jalan Losong Feri: Keluarga Mohon Bantuan Rakaman Dashcam, Tertuduh Tidak Mengaku Bersalah

14 hours ago 12

Ahli keluarga kepada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu pada bulan lalu memohon agar pemandu lain yang berada di kawasan kejadian untuk tampil memberikan rakaman dashcam kepada mereka.

Menerusi Facebook, individu yang dikenali sebagai Lim Kah Mei itu menyatakan bahawa tertuduh tidak mengaku bersalah atas kecuaiannya ketika kejadian tersebut.

Artikel berkaitan: “Mangsa pelajar cemerlang SPM” – Remaja M*ut Kemalangan Dirempuh Kereta, Tiang JKR Terkena Kepala

Artikel berkaitan: “Depan mata saya” – Bapa ‘Ah Ko’ Sayu, Masih Dihantui Tragedi Kemalangan Yang Meragut Nyawa Anak

“Berusaha mendapatkan sebanyak mana rakaman dashcam”

713243583 10163285663578471 3063933722649063699 N

Dalam hantaran tersebut, Lim Kah Mei ada kepilkan gambar dan video semasa kejadian itu berlaku. Dalam kejadian tersebut dapat dilihat sebuah kereta seperti hilang kawalan sebelum terbabas merempuh sebuah tiang yang mana kemudian roboh.

Dalam masa yang sama, sebuah van yang dipercayai milik mangsa juga dilihat terlanggar tiang tersebut.

Di samping itu, foto yang menunjukkan sebuah kereta berwarna putih dibulatkan dan ia dipercayai pemandu yang disasarkan oleh ahli keluarga tersebut untuk membantunya agar tampil menghubungi mereka untuk mendapatkan rakaman dashcam kejadian.

715346755 10163285663388471 9011528699124645381 N

Menjengah ke ruangan komen, Lim Kah Mei memohon agar perkara ini dipanjangkan kepada orang ramai kerana mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin rakaman dashcam daripada orang ramai.

“Kami sedang berusaha mendapatkan sebanyak mungkin rakaman dashcam daripada orang ramai bagi membantu siasatan dan mendapatkan gambaran sebenar kejadian.”

“Setiap rakaman, walaupun nampak kecil atau tidak berkaitan, mungkin mengandungi maklumat penting yang boleh membantu merungkai apa yang berlaku dan menjadi bukti untuk mendapatkan keadilan buat arwah Wah Han Keong serta keluarganya.”

Pada 19 Mei lepas, kira-kira jam 3.36 petang, sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang JKR dan terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh van Nissan Vanette.

Mangsa, Wah Han Keong, 18, yang duduk di bahagian penumpang hadapan van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |