Kecoh di aplikasi Threads hari ini apabila tular dakwaan mengenai tindakan seorang warga asing yang didakwa merakam orang ramai di tempat awam sebelum memuat naik video tersebut ke akaun TikTok miliknya.
Perkara itu mula mendapat perhatian selepas beberapa pengguna Threads berkongsi pengalaman serta tangkap layar yang mendakwa lelaki berkenaan sering memuat naik rakaman individu tidak dikenali tanpa kebenaran.
Menurut hantaran-hantaran yang tular, lelaki tersebut juga didakwa mengambil tangkap layar pengguna lain ketika mereka sedang melakukan siaran langsung (live) di platform TikTok sebelum memuat naik semula rakaman berkenaan ke akaunnya sendiri.

Difahamkan, individu berkenaan menggunakan akaun TikTok dengan nama @Malik Shaniii 7800.
Susulan pendedahan itu, ramai warganet menggesa orang ramai supaya melaporkan akaun berkenaan kepada pihak TikTok bagi mengelakkan perkara sama terus berlaku.
Tinjauan juga mendapati akaun tersebut kini telah ditukar kepada mod private, dipercayai selepas isu berkenaan menjadi tular di media sosial.
Artikel berkaitan: Warga Britain Berdepan 2 Tahun Penjara Lepas Rakam Video Misil Iran Di Dubai
Artikel berkaitan: Tular Rakaman Anak OKU Berjalan Seret Lutut Ke Kantin, YDP PIBG Perjelas Situasi Sebenar
Dalam masa sama, pendedahan tersebut turut menimbulkan rasa kurang selamat dalam kalangan orang ramai, khususnya ketika berada di tempat awam seperti pengangkutan awam.
“Kadang-kadang selalu nampak warga asing ni angkat telefon lama-lama. Takutlah… rupanya tengah rakam,” kata seorang pengguna.
Done report. Suka sangat rekod orang,” tulis seorang lagi pengguna.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi hampir sama apabila mendakwa pernah dirakam oleh individu tidak dikenali di tempat awam.
“Saya pernah kena dulu. Orang tu angkat telefon macam tengah rakam saya. Tapi bila saya minta tengok, dia tak mahu. Lepas tu bergaduh,” kata seorang lagi pengguna Threads.
Sumber: Threads

11 hours ago
11













![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)

















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















