Bekalan Elektrik

Kecoh di platform media sosial Threads semalam apabila ramai pengguna media sosial tersebut yang mengatakan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang terputus sesaat pada petang semalam.

Seorang pengguna media sosial Threads telah bertanyakan warganet lain adakah mereka turut mengalami pengalaman yang sama pada petang semalam dan meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sama merasakan perkara yang sama.

Blackout Blackout 2

Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: ICQS Sesak, Rakyat Malaysia Berpusu-pusu Pulang Ke Tanah Air

Artikel berkaitan: “Ramai tuduh saya scammer… Tapi ada yang bantu” – Lily Suraini Ucap Terima Kasih, Ramai Bantu Keluarga Terkandas Dalam Banjir Hatyai

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman mereka apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus satu saat semalam.

Menerusi ruangan komen yang sama juga, difahamkan, kejadian tersebut berlaku di beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur dan negeri Selangor.

Ada yang berkongsi lampu dan penyaman udara di pejabat mereka mati secara tiba-tiba namun menyala semula dalam masa tidak sampai satu saat.

Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang mengatakan bekalan elektrik bukanlah terputus satu saat namun berlaku flicker (lampu berkelip)

Whatsapp Image 2026 03 07 At 3.56.30 Pm

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.