Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai jemaah di sebuah masjid di Indonesia yang menunaikan solat dengan kiblat yang berbeza.
Video solat tersebut telah dikongsikan di TikTok oleh seorang pengguna media sosial menerusi akaun yang dikenali sebagai ucangakun2.
@ucangakun2Bagaimana mi kalau begini😁 #taraweh #ramadhan2026 #ramdhancore #palusulteng #fyp
♬ suara asli – Iyuessss – pairus.d
Artikel Berkaitan: “G masjid pakai pelikat tu, pakai spender tak?” – Ramai Netizen Terkesima Baca Hantaran Daripada Zizan Nin
Menerusi perkongsian individu itu, difahamkan solat tersebut adalah solat Tarawih.
Rata-rata warganet di ruangan komen menyatakan perasaan bingung mereka melihat perkara itu terjadi.
Namun, di ruangan komen yang sama juga, seorang individu telah menjelaskan bahawa solat dengan dua kiblat itu berlaku kerana salah faham jemaah mengenai arah kiblat.

Menurut komen tersebut, ada ramai jemaah yang terpaksa solat di luar dewan solat kerana bahagian dalam masjid sudah penuh dengan jemaah lain.
Namun, apabila jemaah berada di luar, berlaku kekeliruan kerana mereka tidak tahu manakah arah kiblat yang betul kerana masjid itu berbentuk bulat. Namun, ketika menunaikan solat, semua jemaah telah diarahkan mengikut kiblat yang betul.
Walau bagaimanapun, ramai warganet di ruangan komen berpendapat jemaah yang keliru dengan arah kiblat sepatutnya menggunakan aplikasi dalam talian untuk mengetahui arah kiblat yang betul.
Sumber: TikTok

16 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















