Ft Spm

Beberapa bulan lepas, tular berita mengenai seorang calon SPM yang menerima khabar duka kematian bapanya selepas menduduki peperiksaan SPM.

Calon yang dikenali Ahmad Khairuddin dimaklumkan dengan khabar duka itu sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan. Lebih menyedihkan lagi, calon ini sempat mengimamkan solat jenazah buat arwah dan kebumikan arwah bapanya sebelum kembali ke dewan peperiksaan.

Artikel berkaitan: Calon SPM Terima Berita Ayah Meninggal Dunia Lepas Keluar Dewan Peperiksaan, Undang Sebak Netizen

Artikel berkaitan: Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran

Selepas beberapa bulan berlaku, Ahmad Khairuddin kembali menjadi perhatian umum apabila pihak sekolah tersebut memaklumkan bahawa calon ini meraih keputusan cemerlang, 8A dalam peperiksaan tersebut.

“Alhamdulillah pengorbanan membuahkan hasil. Hadiah untuk arwah ayahnya. Tahniah Ahmad Khairuddin dalam keputusan cemerlang SPM. Semoga berjaya dunia & akhirat. Terima kasih netizen doakan untuk Khai.”

@tvpsssmkasaf

2nd video. Alhamdulillah pengorbanan membuahkan hasil. Hadiah untuk arwah ayahnya. Tahniah Ahmad Khairuddin dalam keputusan cemerlang SPM. Semoga berjaya dunia & akhirat. Terima kasih netizen doakan untuk Khai masa 1st video hari tu. #spm #spm2025 #smkasaf #tiktoktrend2026 #fypシ゚viral

♬ original sound – officialnohsalleh – Noh Salleh

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan ucapan tahniah buat Ahmad Khairuddin dan ada di antara mereka mengimbau detik lebih kurang sama yang dihadapi olehnya semasa mereka menduduki peperiksaan SPM.

Spm Spm 2

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.