Tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan seorang pembantu rumah bertindak kasar terhadap seorang budak yang didakwa anak majikannya dikatakan ada kaitan dengan kes dua pasangan suami isteri yang kini sedang disiasat polis kerana disyaki mengasari amah warga asing di Johor.
Ia selepas ada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai rakan kepada majikan terbabit tampil berkongsi penjelasan di media sosial, dia mendakwa kemarahan pasangan itu berpunca daripada kejadian lama yang dikatakan melibatkan pembantu rumah yang pernah menjaga anak mereka.
Artikel berkaitan: Kes Video Amah Dip*kul Majikan, 2 Wanita Warga Indonesia Ditemukan Selamat
Artikel berkaitan: Suspek Kurung & L*wat Remaja Lelaki Merayu Nak Hukuman Lagi Berat Di Mahkamah
Jelas individu tersebut, terdapat 2 kisah berbeza yang berlaku meliabtkan pembantu rumah tersebut di kediaman itu. Dia mendakwa bahawa pembantu rumah pertama pernah bekerja pada tahun lalu dan di berhentikan selepas pembantu rumah dikatakan mendera anak mereka.
Sementara itu, pembantu rumah kedua pula pernah diambil bekerja pada thaun ini tetapi diberhentikan kerana didakwa telriabt dengan kes kecurian.

“Agaknya sudah kantoi dan bibik itu diberhentikan. Jadi, dia bermain sebagai mangsa dengan menggunakan video bibik lama sebagai modal.”
“Cuma saya tidak pasti dari mana bibik ini memperoleh video bibik lama. Ini pemilik yang beritahu sendiri bahawa bibik baharu bermain sebagai mangsa.”

Dalam hantara video tular tersebut, turut dilampirkan kronologi seorang pembantu ruamhyang mengejar kanak-kanak sebelum berlaku kejadian di dalam rumah.
Kejadian tersebut mula disedari oleh ibu bapa kanak-kanak mereka mula meneliti semula rakaman CCTV yang telah dipasang di kediaman berkenaan.
Sumber : Sinar Harian

5 hours ago
9














![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















