Tular satu video memaparkan anggota polis didakwa berkelakuan kasar terhadap seorang penunggang motosikal dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen. Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan bahawa kejadian itu ada kaitan dengan operasi ronda cegah jenayah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, dalam kejadian tangkapan yang berlaku di hadapan aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, Kulim, Kedah itu, penunggang motor dilihat ditarik daripada motosikal hingga terjatuh sebelum kepalanya dipijak oleh anggota terbabit.
Artikel berkaitan: Airport Kelantan Jadi ‘Litar’ Mat Motor Undang Kecaman Netizen
Artikel berkaitan: “Depan masjid pun jadi gelanggang” – Tular Video Mat Motor ‘Bergasak’ Waktu Sahur
Tunggang motor lawan arus, positif dadah
“Hasil siasatan awal mendapati, kes berlaku pada jam 11 pagi ketika anggota polis menjalankan ronda cegah jenayah dan menahan suspek di Jalan Sungai Ular.”
“Sewaktu hendak menahan suspek, berlaku pergelutan apabila suspek bertindak melawan anggota dengan menendang motosikal milik anggota polis dan melarikan diri dengan menunggang motosikal secara melulu, melawan arus dan merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.”
“Bagaimanapun anggota polis berjaya mengesan suspek di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal, Jalan Tunku Putra dan berjaya menahan suspek tidak lama kemudian.”
Tambah beliau, hasil pemeriksaan motosikal yang ditunggang oleh lelaki berusia 32 tahun itu, polis menemui dua bungkus plastik lutsinar yang disyaki mengandungi air rebusan daun ketum.
Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati bahawa suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
“Sehubungan itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”
Sumber : Berita Harian

4 hours ago
4




![[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/04/zra-gsf-sekat-kapal-tentera-israel.jpg)


























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)









![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)








