Pentas akhir rancangan realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2) terbitan Astro baru-baru ini menyaksikan sorakan gembira apabila bintang muda berbakat, Anggrek, dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM30,000!
Kejayaan Anggrek itu pastinya membuatkan barisan mentor dan pengurusnya, termasuk penyanyi terkenal Aisha Retno dan Adira Suhaimi, tersenyum bangga dengan pencapaian luar biasa anak didik mereka sepanjang program berlangsung.
Artikel berkaitan: Aisha Retno Minta Maaf, Tak Sangka Kenyataan Tentang Batik Timbulkan Kekecohan
Artikel berkaitan: Gara-gara Sebut ‘Batik From Malaysia’, Aisha Retno Diserang Netizen Indonesia
Netizen Seberang Mula ‘Bising’, Pertikai Isu Tukar Lirik & Royalti
Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan kemenangan tersebut, timbul pula satu isu kurang enak yang mula diperkatakan di media sosial, terutamanya dalam kalangan netizen dari negara seberang, Indonesia.
Menerusi beberapa hantaran yang tular, netizen Indonesia mula mempersoalkan tindakan pihak Anggrek yang didakwa mengubah suai lirik asal lagu ‘Rollerblade’ nyanyian No Na yang kini sedang viral di platform TikTok, ketika mempersembahkannya di pentas akhir tersebut.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mula mempersoalkan sama ada pihak produksi atau penyanyi itu sendiri sudah mendapatkan keizinan rasmi daripada pemilik asal lagu berkenaan sebelum melakukan persembahan di stesen televisyen Malaysia.
“Udah kak ❤️” – Aisha Retno Tampil Jawab Spekulasi
Enggan membiarkan isu tersebut terus melarat dan menjadi perbalahan antara netizen dua negara, Aisha Retno selaku salah seorang individu penting di belakang tabir kemenangan Anggrek tampil memberikan respons yang cukup tenang namun padu.

Tanpa perlu ulasan panjang lebar, Aisha terus membalas ringkas bagi menjernihkan keadaan sekali gus menutup mulut-mulut sumbang yang cuba mencetuskan kontroversi.
Jawapan pendek daripada Aisha Retno itu jelas membuktikan bahawa pihak mereka sangat profesional dan sudah pun menyelesaikan segala urusan dokumentasi serta keizinan hak cipta sebelum lagu tersebut dibawa ke pentas akhir.

15 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















