Seorang pempengaruh media sosial menjadi bualan selepas didakwa telah menyebabkan seorang penumpang berasa kurang senang dengan kelakuannya sepanjang berada dalam pesawat.
Menerusi satu hantaran tular di Threads, individu terbabit yang dipercayai warganegara Indonesia mendakwa pempengaruh itu telah mengganggu keselesaan penumpang lain ketika dalam penerbangan.
Katanya, kaki pempengaruh berkenaan diletakkan hingga memasuki ruang tempat duduknya sebaik pesawat berlepas, malah beberapa kali kerusinya ditendang dari belakang.
“Sejak pesawat mula berlepas, kaki dia naik ke tempat duduk saya.
“Kaki dia asyik terkena tempat duduk saya (mungkin sebab kaki dia panjang), tapi dah tahu tinggi, sekurang-kurangnya naiklah kelas perniagaan,” luahnya.

Wanita itu turut berkongsi gambar yang memaparkan kaki bersarung stoking hitam milik pempengaruh itu yang berada di kerusi belakang.
Artikel berkaitan: Didakwa Buat ‘Content’ Double Meaning, Mira & View Chin Terima Teguran Netizen
Artikel berkaitan: “Kulineran di Penang” – Netizen Malaysia Kurang Senang Dengan Hantaran Aisar Khaled?
Difahamkan, dia telah pun menegur perbuatan tersebut, namun teguran itu tidak diendahkan malah perkara sama masih berulang sepanjang penerbangan.
Hanya apabila pesawat mendarat dan semua penumpang bersedia untuk keluar, barulah wanita itu menyedari bahawa lelaki di belakangnya itu adalah pempengaruh yang cukup dikenali ramai.

Perkongsian itu pantas meraih perhatian netizen yang rata-ratanya menyifatkan setiap penumpang sepatutnya menjaga adab dan menghormati ruang peribadi orang lain ketika berada di dalam pesawat.
Sumber: Threads

10 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















