Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) terus memperkukuh peranan media sebagai rakan strategik utama dalam memastikan penyampaian maklumat percukaian kepada masyarakat adalah tepat, konsisten, dan bertanggungjawab.
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 HASIL yang jatuh pada 1 Mac lalu, satu Majlis Iftar dan Apresiasi Media 2026 telah diadakan di The Westin Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis ini menyaksikan kehadiran hampir 120 pengamal media daripada pelbagai agensi termasuk media cetak, penyiaran televisyen, radio, portal berita dalam talian, serta agensi kreatif dan digital.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk:
-
Memperkukuh hubungan strategik antara HASIL dan pengamal media.
-
Menyampaikan maklumat konstruktif bagi membantu masyarakat memahami tanggungjawab dan hak sebagai pembayar cukai.
-
Membina naratif positif untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem percukaian negara.
Media Sebagai Jambatan Maklumat
Ketua Pegawai Eksekutif HASIL, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, dalam ucapannya menekankan bahawa media berfungsi sebagai ‘jambatan’ penting dalam menyampaikan setiap dasar dan inisiatif kerajaan agar lebih mudah difahami oleh rakyat.

Beliau turut menghargai sumbangan media sepanjang tiga dekad ini yang telah membantu menangani kekeliruan atau maklumat tidak tepat di ruang awam. “Sokongan padu media sejak penubuhan HASIL pada tahun 1996 adalah cerminan kepada evolusi bersama dalam memperkukuhkan ekosistem percukaian negara,” jelas beliau.
Majlis yang diadakan dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih kukuh dan dinamik antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan negara.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 atau melalui portal rasmi HASIL.

17 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















