Seorang wanita yang masih berstatus isteri menangis dan memohon maaf kepada isteri skandalnya selepas mengaku bersalah melakukan percubaan persetubuhan haram.
Tertuduh, Siti Iqbar Mazlan, 35, bersama pasangan lelakinya Hairul Mokhsin, 24, masing-masing didenda RM4,500 dan RM5,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayarnya.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didapati melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu Berendam kira-kira pukul 2 pagi antara 1 hingga 30 Jun tahun lalu.
Berdasarkan fakta kes, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima aduan awam mengenai perbuatan persetubuhan haram membabitkan sepasang lelaki dan wanita.
Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, wanita itu memohon maaf kepada isteri pasangan skandalnya yang berusia 25 tahun atas perlakuan itu selain merayu agar tidak dipenjarakan.
“Saya mohon maaf atas perlakuan sebelum ini. Saya menyesal dan tidak lagi berhubung dengannya. Saya mohon hukuman tidak dipenjarakan kerana mempunyai dua anak dan masih bersuami selain sudah menyesali perbuatan ini,” katanya dalam keadaan menangis.
Artikel berkaitan: Tukang Rumah Jadi Individu Pertama Di Terengganu Dis*bat Depan Khalayak Sebab Berkhalwat
Artikel berkaitan: Bagi Alasan Sakit Perut, Remaja Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Indonesia Di Hotel

Sementara itu, tertuduh lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan juga merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara kerana perlu menanggung dua anak yang masih kecil serta isterinya yang berniaga nasi lemak di tepi jalan.
Terdahulu, isteri kepada tertuduh lelaki, Puteri Norfatimah, 25, disabitkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas kesalahan menyimpan dan menyebarkan video aib pasangan terbabit pada Isnin lalu.
Tertuduh lelaki juga pernah didakwa atas kesalahan bersubahat dalam kes hamil luar nikah.
Sumber: Kosmo!, Malaysia Gazette

14 hours ago
12


![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)




























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















